Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH ana mulakan post. Kali ini serba sedikit mengenai bab ibadat, ataupun kita lebih khusus kepada bab Thaharah. 
Ok, Rasulullah SAW, telah mengajar kita bahawa style terbaik untuk berak adalah dengan mencangkung dan memberatkan sebelah kiri sebab akan mengikut posture usus dan menyebabkan tinja kita keluar dengan mudah. Plus, dengan mencangkung, ia akan menyebabkan otot usus kita ni dalam keadaan relaks, dan senang taik tersebut dipress keluar melalui jubo.
Oleh, yang demikian, berbanggalah kepada mereka yang mencangkung walaupun di tandas tempat duduk. Walaupun anda dikritik, takpe, dapat pahala disisi ALLAH. Lagi satu, sekiranya kalo korang berak cangkung, maka, korang takkan menemui masalah serpihan tahi tersembunyi.
Camne tu? Ok, camni, biasanya orang Malaysia suka shoot punggung masing2 dengan kadar tekanan air yang tinggi. Menyebabkan mereka tersenyum gembira apabila air mutlak masuk ke ruang rektum dan membersihkan segala kekotoran disitu. Namun, disebabkan pressure air yang tinggi, kemungkinan besar akan menyebabkan korang tertembak serpihan taik tersebut menjadi kuping kuping tahi kecil yang korang tak sedar. Tak kesah sekiranya korang mencangkung, sebab kuping taik tu terus jatuh ke bawah, namun tandas duduk?.
Ok, camne hal ini terjadi. Ikut sequence ok. Korang berak, korang cebok, dan shoot dengan air tekanan tinggi, serpihan tahi terpelanting dan mungkin terkena permukaan bontot korang kerana ruang duduk tandas duduk betul2 ngam ngan jubo, membuatkan kuping tahi tiada jalan keluar untuk keluar.
Maka terkenalah tahi tersebut kat jubo korang. Korang pun selambanya menyarung spendar dan seluar sambil tak perasan serpihan tahi sebesar biji cili masih wujud di punggung korang. Jadi, sahkah solat korang?.
Jadi, fikir fikirkan lah yer. … Sebab tu Rasulullah SAW ajar berak cangkung.