Monday 21 May 2012

Contoh RPH model ASSURE


BBP 10303
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Disediakan oleh: DB110937

Subjek             : Kemahiran Hidup Bersepadu
Kelas               : Tingkatan 3 Merah
Bil. Pelajar       : 18 orang ( lelaki sahaja)
Tempat            : Bengkel   KHB
Tajuk               : Bab 2- Elektrik
Sub tajuk         : 2.1 Mengira kos tenaga elektrik
Kemahiran       : Pelajar dapat mempelajari bagaimana membaca meter kWj dan mengira kos     tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB di rumah.
Pengetahuan
Sedia ada        : Pelajar telah mengetahui pengiraan berasaskan hasil tambah dan hasil darab      yang akan digunakan untuk pengiraan kos tenaga elektrik.
Hasil
 Pembelajaran  : Di akhir waktu, pelajar boleh :
1)      Membaca meter kWj dengan betul
2)      Menyatakan tarif elektrik yang bersesuaian bagi setiap kes dengan tepat
3)      Mengira dan menyatakan nilai kos tenaga elektrik dengan betul
BBM               : Model meter kWj, contoh bil-bil elektrik, laptop dan LCD projector, perisian          power point, buku teks Tingkatan 3,set-set soalan kuiz dan edaran latihan .
Nilai-nilai
murni               : Kerjasama, bertanggungjawab, jujur, bertimbang rasa, jimatkan tenaga elektrik.
KBKK                        :  membanding beza, mengingat kembali, kritis dan membuat rumusan


MODEL ASSURE
A
-          analisis pelajar

1.      Bilangan pelajar – 18 orang
2.      Jantina – lelaki sahaja
3.      Kedudukan kelas – ke 2 dalam tingkatan 3
4.      Waktu : waktu ke 2 dan 3 ( awal pagi )
5.      Tempat : Bengkel KHB
6.      Pengetahuan sedia ada: asas matematik yang baik

S
-          nyatakan objektif

Pada akhir waktu, pelajar boleh:
1.      Membaca meter kWj dengan betul
2.      Menyatakan tarif elektrik yang bersesuaian bagi setiap kes dengan tepat
3.      Mengira dan menyatakan jumlah kos tenaga elektrik dengan betul

S
-          Pilih kaedah, media, bahan

1.      Menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid dengan guru sebagai pembimbing.
2.      Menggabungkan media elektronik dan tradisional
3.      Menggunakan model atau benda maujud, bahan bercetak serta elektronik

U
-          Gunakan media & bahan

1.      Model meter kWj, contoh bil-bil elektrik, laptop dan LCD projector, perisian power point, buku teks Tingkatan 3,set-set soalan kuiz dan edaran latihan .

R
-          Dorong penglibatan pelajar

1.      Soal-jawab secara lisan.
2.      Kuiz berkumpulan
3.      Membimbing murid membuat rumusan

E
-          Nilai & semak

1.      Soalan secara lisan
2.      Kuiz secara berkumpulan
3.      Edaran soalan latihan
4.      Murid dibimbing sehingga boleh membuat rumusan pelajaran


No comments:

Post a Comment