blog ini diwujudkan semata-mata untuk berkongsi sedikit ilmu agar dapat digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu menguasainya.......
Thursday 31 May 2012
Wednesday 30 May 2012
Sunday 27 May 2012
POWERPOINT KHB F1
Powerpoint untuk tajuk ASAS ELEKTROMEKANIKAL TINGKATAN 1, sila klik link http://www.slideshare.net/zainol_juki/asas-elektromekanikal-tingkatan-1-zainoljuki
Saturday 26 May 2012
BERIBU SOALAN DENGAN SATU KLIK
Dapatkan beribu set soalan untuk semua subjek dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan satu klik.
Sila klik link http://scorea.com.my/eng/demo.cfm ......dan gunakan id: 82828 untuk menggunakan kemudahan tersebut.........untuk mendapatkan full edition, sila contact admin melalui emel. TQ
Sila klik link http://scorea.com.my/eng/demo.cfm ......dan gunakan id: 82828 untuk menggunakan kemudahan tersebut.........untuk mendapatkan full edition, sila contact admin melalui emel. TQ
Thursday 24 May 2012
MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH.........
Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan
Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakhbermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).
Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."
Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:
Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”
Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.
Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.
Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.
Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.
Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.
Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:
Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.
Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.
Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.
Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.
Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
Artikel ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel.
Tuesday 22 May 2012
Blog Rakan Kongsi
Sila klik link ini http://kemahiran.wordpress.com/ sebagai tambahan ilmu untuk dikongsi bersama.
Monday 21 May 2012
Contoh RPH model ASSURE
BBP 10303
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Disediakan oleh:
DB110937
Subjek :
Kemahiran Hidup Bersepadu
Kelas :
Tingkatan 3 Merah
Bil. Pelajar :
18 orang ( lelaki sahaja)
Tempat :
Bengkel KHB
Tajuk :
Bab 2- Elektrik
Sub tajuk :
2.1 Mengira kos tenaga elektrik
Kemahiran : Pelajar dapat mempelajari bagaimana
membaca meter kWj dan mengira kos tenaga
elektrik yang dibekalkan oleh TNB di rumah.
Pengetahuan
Sedia ada : Pelajar telah mengetahui pengiraan
berasaskan hasil tambah dan hasil darab
yang akan digunakan untuk pengiraan kos tenaga elektrik.
Hasil
Pembelajaran : Di akhir waktu, pelajar boleh :
1)
Membaca meter
kWj dengan betul
2)
Menyatakan tarif
elektrik yang bersesuaian bagi setiap kes dengan tepat
3)
Mengira dan
menyatakan nilai kos tenaga elektrik dengan betul
BBM : Model meter kWj, contoh bil-bil
elektrik, laptop dan LCD projector, perisian power point, buku teks Tingkatan 3,set-set
soalan kuiz dan edaran latihan .
Nilai-nilai
murni : Kerjasama, bertanggungjawab,
jujur, bertimbang rasa, jimatkan tenaga elektrik.
KBKK :
membanding beza, mengingat kembali,
kritis dan membuat rumusan
MODEL ASSURE
A
-
analisis pelajar
|
1.
Bilangan pelajar – 18 orang
2.
Jantina – lelaki sahaja
3.
Kedudukan kelas – ke 2 dalam
tingkatan 3
4.
Waktu : waktu ke 2 dan 3 ( awal
pagi )
5.
Tempat : Bengkel KHB
6.
Pengetahuan sedia ada: asas
matematik yang baik
|
S
-
nyatakan objektif
|
Pada akhir
waktu, pelajar boleh:
1.
Membaca meter kWj dengan betul
2.
Menyatakan tarif elektrik yang
bersesuaian bagi setiap kes dengan tepat
3.
Mengira dan menyatakan jumlah
kos tenaga elektrik dengan betul
|
S
-
Pilih kaedah, media, bahan
|
1.
Menggunakan kaedah pengajaran
berpusatkan murid dengan guru sebagai pembimbing.
2.
Menggabungkan media elektronik
dan tradisional
3.
Menggunakan model atau benda
maujud, bahan bercetak serta elektronik
|
U
-
Gunakan media & bahan
|
1.
Model meter kWj, contoh bil-bil
elektrik, laptop dan LCD projector, perisian power point, buku teks Tingkatan
3,set-set soalan kuiz dan edaran latihan .
|
R
-
Dorong penglibatan pelajar
|
1.
Soal-jawab secara lisan.
2.
Kuiz berkumpulan
3.
Membimbing murid membuat rumusan
|
E
-
Nilai & semak
|
1.
Soalan secara lisan
2.
Kuiz secara berkumpulan
3.
Edaran soalan latihan
4.
Murid dibimbing sehingga boleh
membuat rumusan pelajaran
|
Cili Habanero
Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.
Beberapa hari lepas dalam satu kunjungan ke satu kebun di Cameron Highlands, saya menemui pokok cili Habanero. Pemiliknya hanya menanam beberapa pokok sebagai hobi kerana ia bukanlah ada pasaran kerana kepedasannya. Saya mengambil sebiji yang telah masak dengan harapan dapat menyemainya di rumah.
Petang tadi baru berkesempatan menyemainya di dalam polibag. Memandang rendah kepada kepedasannya, saya membelah dan mengeluarkannya dengan tangan tanpa sarung. Akibatnya sebaik sahaja saya membelahnya saya merasakan bau wap cili yang kuat. saya bersin dan terus bersin hampir sehingga 1/2 jam. Muka jadi panas dan tangan pula merasa pijar.
Harap-harap benih yang saya semai akan tumbuh dengan baik. Sebiji cili tu nanti akan saya berikan kepada seorang kawan saya yang dalam kategori "kuat pedas".
Beberapa hari lepas dalam satu kunjungan ke satu kebun di Cameron Highlands, saya menemui pokok cili Habanero. Pemiliknya hanya menanam beberapa pokok sebagai hobi kerana ia bukanlah ada pasaran kerana kepedasannya. Saya mengambil sebiji yang telah masak dengan harapan dapat menyemainya di rumah.
Petang tadi baru berkesempatan menyemainya di dalam polibag. Memandang rendah kepada kepedasannya, saya membelah dan mengeluarkannya dengan tangan tanpa sarung. Akibatnya sebaik sahaja saya membelahnya saya merasakan bau wap cili yang kuat. saya bersin dan terus bersin hampir sehingga 1/2 jam. Muka jadi panas dan tangan pula merasa pijar.
Harap-harap benih yang saya semai akan tumbuh dengan baik. Sebiji cili tu nanti akan saya berikan kepada seorang kawan saya yang dalam kategori "kuat pedas".
Saturday 19 May 2012
Bestnya Berak Cangkung !
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH ana mulakan post. Kali ini serba sedikit mengenai bab ibadat, ataupun kita lebih khusus kepada bab Thaharah.
Ok, Rasulullah SAW, telah mengajar kita bahawa style terbaik untuk berak adalah dengan mencangkung dan memberatkan sebelah kiri sebab akan mengikut posture usus dan menyebabkan tinja kita keluar dengan mudah. Plus, dengan mencangkung, ia akan menyebabkan otot usus kita ni dalam keadaan relaks, dan senang taik tersebut dipress keluar melalui jubo.
Oleh, yang demikian, berbanggalah kepada mereka yang mencangkung walaupun di tandas tempat duduk. Walaupun anda dikritik, takpe, dapat pahala disisi ALLAH. Lagi satu, sekiranya kalo korang berak cangkung, maka, korang takkan menemui masalah serpihan tahi tersembunyi.
Camne tu? Ok, camni, biasanya orang Malaysia suka shoot punggung masing2 dengan kadar tekanan air yang tinggi. Menyebabkan mereka tersenyum gembira apabila air mutlak masuk ke ruang rektum dan membersihkan segala kekotoran disitu. Namun, disebabkan pressure air yang tinggi, kemungkinan besar akan menyebabkan korang tertembak serpihan taik tersebut menjadi kuping kuping tahi kecil yang korang tak sedar. Tak kesah sekiranya korang mencangkung, sebab kuping taik tu terus jatuh ke bawah, namun tandas duduk?.
Ok, camne hal ini terjadi. Ikut sequence ok. Korang berak, korang cebok, dan shoot dengan air tekanan tinggi, serpihan tahi terpelanting dan mungkin terkena permukaan bontot korang kerana ruang duduk tandas duduk betul2 ngam ngan jubo, membuatkan kuping tahi tiada jalan keluar untuk keluar.
Maka terkenalah tahi tersebut kat jubo korang. Korang pun selambanya menyarung spendar dan seluar sambil tak perasan serpihan tahi sebesar biji cili masih wujud di punggung korang. Jadi, sahkah solat korang?.
Jadi, fikir fikirkan lah yer. … Sebab tu Rasulullah SAW ajar berak cangkung.
Subscribe to:
Posts (Atom)